Concrete Pillars Supporting a Building

FIRMA GUAMAN ARIP AMERAN

Pengalaman lebih dari “DUA DEKAD” dalam undang-undang syariah.

Tuan Arip Ameran

"Jadilah sedikit lebih berani, ketahuilah


bahawa peguam yang berjaya tidaklah


sehebat yang kamu bayangkan. Mereka


hanya sedikit lebih cepat, sedikit lebih


berani"

Tuan Haji Arip Bin Haji Ameran

peguam syarie

Tuan Haji Arip Bin Haji Ameran dilahirkan di Serian, Sarawak tetapi dibesarkan di Kampung Sambir,

Daerah Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak. Dia melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di

Universiti Malaya dalam bidang Syariah dan Undang -Undang. Sebaik sahaja memperolehi ijazah

Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang beliau menyambung pengajiannya dengan mengikuti

diploma pasca ijazah di Universiti Islam Antarabangsa da memperolehi Diploma Perundangan

Syariah dan Amalan.

Memulakan langkah dalam bidang perundangan syariah dengan menjalani chambering di Tetuan

Norizan & Company di Brickfield, Kuala Lumpur. Setelah itu beliau telah diterima masuk sebagai

peguam syarie di Negeri Sarawak dan beramal di Tetuan Ahmad Shazali, Redzuan & Company

Advocates. Berbekalkan semangat untuk berdikari dan yakin dengan anugerah ilahi, maka beliau

telah bersama rakan sekutu memulakan firma guaman sendiri dengan nama Firma Guaman Arip

Ameran.

Home Outline Icon

Hubungi kami!


WAKTU PEJABAT

Hari Bekerja – 8:30am to 5:00 pm



Tel. 082-415641

Email: figaalakum@gmail.com





LOT 199 TINGKAT, 3, Jln Kulas, Township, 93400 Kuching, Sarawak